MALAC & BUAH PINGGANG

Pada keluaran (15 April 2010) yang lepas kita telah membincang pengenalan buah pinggang kita, insyaALLAH para herbalis telah boleh mengenalpasti organ ini dengan baik. Kupasan kali ini kita akan membincangkan tentang kaedah detoksifikasi buah pinggangmenggunakan produk Malac.


Sebelum kita bincangkan kaedah detox ini,kita selidiki dulu apakah kandungan herba Malac ini secara terperinci. Herba ini mempunyai komposisi 3 herba utama yang disinergi di untuk memberikan kesan optimum kepada penyembuhan buah pinggang. Herba yang digunakan adalah Mempelas(Tetracera Indica),Lalang(imperata Cylindrica) dan akar buluh. Sinergi ini mempunyai kesan diuretic yang kuat (pelawas kencing) serta mampu mengawal cairan di dalam tubuh.

Apakah kelebihan herba ini?
Kelebihan herba ini adalah untuk membersihkan batu karang dan sebagai filter/penapis daripada kesan aluminium hidroksida(ubat-ubatan kimia yang tersangkut di buah pinggang), herba ini yang bersifat diuretic yang kuat jadi ia memerlukan air yang mencukupi, herba ini juga bertindak sebagai anti-hipertensi,anti-inflamasi dan anti piretik serta ubat yang baik bagi pengidap anti gagal ginjal (bagi pesakit Diabetis melilitus,Hypertensi,sakit sendi dan lain-lain). Herba ini juga berfungsi sebagai pemecah batu karang dari jenis kalsium oksalat(hasil dari kolesterol), menolong menyingkirkan Monosodium Glutamat(MSG).

Herba ini boleh digunakan untuk pengganti kepada herba Ardisia bagi pesakit gout. Ia juga boleh diambil sebagai rutin 3 bulan sekali bagi pengamal ubatan kimia dan sebagai langkah awal pencegahan daripada penggunaan mesin hemodilisis. Para Herbalis juga perlu mengenal pasti jika terdapat tanda-tanda berikut pada pesakit,boleh dicadangkan malac sebagai herba yang sangat sesuai, situasi di mana air kencing mengandungi darah, berbuih, sakit ketika membuang air kencing, air kencing tidak berbau dan warna air kencing putih/jernih,juga baik bagi pesakit yang sukar membuang air kencing.

Detox Buah Pinggang
Kaedah rawatan yang boleh digunakan adalah kapsul Malac dibuka dan dicampurkan dengan air panas dan kemudiannya di minum, perlu diingat bahawa jumlah air yang diminum mesti sama dengan air yang keluar daripada badan kita melalui proses pembuangan kecil. Sebaik-baiknya digunakan madu bersama-sama untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Pesakit Hemodialisis
Bagi pesakit Hemodialisis, kaedah pengambilan herba ini sedikit berbeza iaitu melalui cara 3 biji kapsul di ambil 5 kali (3 x 5). Kapsulnya dibuka dan dimasukkan ke dalam air panas yang bertujuan untuk memecahkan dindingsolulose bagi memdapatkan bahan aktif herba yang ada. Bancuh herba tersebut dan biarkan herba itu mendap kemudian barulah di minum, buang mendapan yang telah diminum airnya.
Bagi pesakit hemodalisis elakkan daripada pengambilan ubat yang bersifat pahit, kerana herba jenis ini akan membekukan darah. Contoh herba yang pahit adalah Plantisol, Vitex, D'Det dan lain-lain.(rujuk juga kepada tajuk Hati-hati Dalam Penggunaan Herba)
Kita juga boleh mengenalpasti kesan-kesan daripada penggunaan Mesin Hemodialisis kepada pesakit.
1)kerosakan kepada kelenjar paratyroid
2) kulit tua dan kehitaman
3) kuku mejadi kecil dan pendek

Apakah fungsi kelenjar paratyroid? Fungsi kelenjar ini adalah untuk mengawal kalcium di dalam darah dan tulang kita. Kelenjar ini terlihat kecil tetapi fungsinya sangat besar dan pastinya berbeza dengan fungsi kelenjar tyroid yang ALLAH tugaskan untuk menjaga,mengawal atur metabolisme tubuh.Menarik bukan?

SUMBER : http://herbalis-jawi.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment