KONSEP 5+1M

MLM adalah suatu kerjaya professional. Oleh itu, ia seharusnya dikerjakan secara profesional agar dapat memperolehi hasil yang maksimum. MLM merujuk kepada – M (MANAGEMENT), L (LEADERSHIP), M (MULTIPLY). MLM bukan sekadar masuk menjadi ahli kemudian mengajak orang lain seramai mungkin dan beranggapan akan mendapat bonus yang besar. MLM adalah proses menggerakkan produk secara bersama daripada syarikat kepada pengguna melaluipembelian dan penjualan produk.KONSEP 5+1 M


1. MENGAMALKAN PRODUK HPA

Kenapa perlu mengamalkan produk? Kerana kita harus berpegang pada prinsip herbalisme iaitu

“Biarlah makanan menjadi ubatmu (herba) dan biarlah ubatmu (herba) menjadi makananmu”.

Seterusnya adalah kerana untuk mendapatkan keyakinan terhadap produk tersebut.

Amalkan mengikut set terbaik – 3 D (D’DET, DEU, D’KARM) + OMEGA 3 (KAPSUL/SOFTGEL)+ KOPI RADIX atau TEH HERBA + MADU ASLI

Atau amalkan RADIX + PELAWAS + HERBA TUJU ANGIN + SPIRULINA + MALAC + PARAMARIA PLUS (wanita)

Tukar semua produk kegunaan harian di rumah kepada barangan HPA seperti syampu, sabun pencuci, sabun mandi, ubat gigi dan lain-lain. Dengan tujuan untuk kumpulkan sebanyak mungkin Nilai Mata (NM) dan khususnya untuk membawa barangan SUCI dan HALAL ke rumah.


2. MENGHADIRKAN DIRI DALAM KELAS MINGGUAN DAN PROGRAM-PROGRAM HPA

Ini adalah asas dalam kerjaya MLM dan ia memberi tanda komitmen dan kebersamaan anda bersama syarikat HPA. Selain itu, ia adalah untuk ‘cas’ semula semangat dan kukuhkan tahap keyakinan. Jadikanlah kelas dan program-program ini sebagai tempat untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada mereka yang berjaya. Dan disini jugalah tapak untuk kita membina dan melatih jaringan baru.


3. MENJUAL PRODUCT KNOWLEDGE

Dah nama bisnes, seharusnya perlu ada urusan jual dan beli. Menjual bermakna menggerakkan produk dari pengeluar kepada pengguna. Faedah penjualan adalah untung segera/runcit. Anda juga sepatutnya tidak hanya menjual produk sahaja tetapi turut menjual product knowledge tersebut. Disinilah kekuatan dalam HPA sebenarnya. Perkara yang anda perlu kuasai dan fahami tentang penjualan produk ialah:

  • - Perlu ada sasaran jualan
  • - Perlu belajar teknik penjualan berkesan
  • - Penjualan berterusan akan menjamin kesinambungan perniagaan
  • - Kunci utama penjualan adalah pengetahuan produk


4. MEMBINA RANGKAIAN

Penajaan adalah proses mendapatkan rakan kongsi. Penajaan juga bermakna pembinaan jaringan perniagaan dan ia adalah titik tolak kepada kejayaan dalam keusahawanan MLM. Penajaan bermaksud menawarkan peluang perniagaan kepada orang lain untuk sama-sama berkongsi manfaatnya. Oleh itu penajaan adalah satu kerja yang murni. Penajaan tidak memerlukan pemaksaan sebaliknya harus disertai dengan niat yang baik. Yang penting harus belajar teknik penajaan yang berkesan. Senjata utama penajaan adalah KEIKHLASAN.


5. MEMBIMBING RANGKAIAN

Kesinambungan perniagaan bergantung kepada servis yang baik. Pelanggan anda sentiasa memerlukan khidmat anda. Anda haruslah bersedia untuk memberi khidmat kepada mereka. Ini menandakan sikap dan tanggungjawab anda sebagai usahawan dan pemimpin dalam HPA. Untuk mendapat seorang pelanggan atau rakan kongsi, anda mungkin memerlukan masa berjam-jam tetapi untuk kehilangan seorang pelanggan dan rakan kongsi mungkin hanya akan mengambil masa seminit!!!


6. MENDIAGNOS DAN MERAWAT PENYAKIT

HPA menawarkan peluang seluas-luasnya kepada semua ahli HPA untuk mempelajari ilmu tentang diagnos penyakit dan perawatan yang terdapat dalam Perubatan JAWI. Rebutlah peluang ini segera.


Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI

  1. 1. Bekam (Al-Hijamah)
  2. 2. Akupunktur
  3. 3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)
  4. 4. Urut Refleksologi
  5. 5. Urutan Limfatik


Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI

  1. 1. Diagnos Saraf Tapak Tangan
  2. 2. Diagnos Anak Mata (Iridology)
  3. 3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi


Dengan diagnosis awal terhadap diri anda, ini mungkin akan dapat menyelamatkan anda daripada bahaya penyakit yang makin pelik saban hari. Anda juga dapat menyelamatkan insan yang anda sayangi atau masyarakat setempat di tempat anda.

0 comments:

Post a Comment