Showing posts with label PBC. Show all posts
Showing posts with label PBC. Show all posts

Sejarah PBC

Program PBC atau PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG ini adalah kesinambungan daripada program PERKONGSIAN BIJAK ( PB ) yang mula diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn Bhd pada 2 Disember, 2005.


Program PB asalnya (3 hari 2 malam) ini diadakan adalah hasil dari cetusan rasa hati Pengarah Urusan HPA itu sendiri yang ingin melihat pengedar-pengedar di bawah anak syarikatnya; Al Wahida Marketing Sdn Bhd mendapat bonus atau pendapatan yang lumayan seperti pengedar syarikat MLM yang lain.


Hasil daripada perbincangan dengan pemimpin-pemimpin HPA yang masih setia dan yang berpengalaman luas dalam MLM seperti CIKGU MURAD, maka Program Perkongsian Bijak atau ringkasnya PB telah diwujudkan dengan pihak HPA sendiri menjanjikan untuk menganugerahkan pangkat PENGURUS MELATI (PLX) dengan bonus 20% kepada setiap peserta program yang memenuhi syarat-syarat minima yang ditentukan.


Hasil dari program PB yang diadakan sepanjang tahun 2006 di seluruh Malaysia, jualan syarikat telah meningkat dengan ketaranya dan bonus pemimpin dan pengedar yang menghadiri dan menghantar peserta jaringan mereka telah melonjak secara drastik.


Fenomena ini berlaku kerana dalam program yang diadakan; peserta telah diberikan kesedaran, suntikan semangat dan pengalaman berharga dari pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk membimbing mereka dengan modul-modul khas yang sangat menarik semua golongan.


Masakini, melalui program PBC ini ramai pengedar telah berjaya mencapai bonus 5 angka (>RM10,000 sebulan) dalam masa yang singkat sahaja.



Suasana PBC Yang Pertama Di HQ HPA Industries Sdn Bhd, Arau Perlis

Apakah Program Perkongsian Bijak Cemerlang?

Perkongsian Bijak Cemerlang merupakan plan pemasaran yang diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn. Bhd. melalui cetusan idea/kajian daripada pengedar-pengedar yang telah berjaya memperolehi pendapatan lumayan melalui syarikat HPA.


Plan pemasaran ini diperkenalkan bertujuan supaya pengedar-pengedar HPA memperoleh pendapatan lumayan dalam masa yang singkat; 5 angka dalam masa 5 bulan!


Berbeza dengan plan pemasaran syarikat lain, Program Perkongsian Bijak Cemerlang ini menyediakan seberapa banyak maklumat dan bimbingan yang secukupnya kepada pengedar-pengedar melalui program-program yang dianjurkan dengan percuma!


Apa yang perlu anda lakukan?
Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Mendaftar sebagai ahli HPA,di cawangan HPA terdekat atau hubungi leader-leader HPA, kemudian ikuti langkah yang dinyatakan termasuk membuat pembayaran RM 30 sahaja dan anda akan mendapat Kit Niaga HPA.


2. Hadiri Seminar Perniagaan ‘Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)’ anjuran HPA.Kemudian ikuti langkah yang dinyatakan termasuk membuat pembayaran antara RM100.00 hingga RM 180 sahaja. Anda akan dibimbing dan dilatih mengenai gerak kerja perniagaan MLM Syariah HPA selama 2 HARI 1 MALAM di lokasi-lokasi (hotel) berhampiran anda. Sila klik untuk melihat jadual Program PBC.


Modul-Modul PBC

Antara modul yang akan diberikan adalah :

Kenali Syarikat
Asas Plan Pemasaran
Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
Eagle Eyes Sponsoring
Plan Tindakan
Teknik Demo Gempur Radix
Teknik Demo dan Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan
Pengisian PBC ini disampaikan oleh Pengurus Pemasaran HPA sendiri iaitu En Mohammad Faisol b Abd Rahman dan juga dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS) HPA. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.


Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul.


Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat.


Kelebihan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC):

1. Hadiah pangkat pertama oleh pihak syarikat HPA: PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Khusus untuk mereka yang mencari-cari suatu perniagaan yang mudah, selamat, berasaskan Syariah dan menguntungkan.
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan RM 10,000 ke atas.
4. Berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan mengesankan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.

sumber : http://hpa.com.my/pbc/index.php/2008/12/07/kenapa-perlu-hadir-p-b-c

Syarat - syarat ke PBC

Cara ikuti PBC:
1. Perlu Menjadi AHLI HPA Hanya RM30.00 seumur hidup
2. Membuat tempahan mengikuti PBC di Cawangan HPA Seluruh Negara. Bayaran antara RM100.00 hingga RM180.00 mengikuti tempat PBC di buat.

3. Rujuk laman berikut untuk mengetahui lokasi PBC terdekat dengan anda :

pjskpu.radix2u.com

HPA : Kelab Pemimpin Timur

Kelab Pemimpin AlWahida


PENGURUSAN :
1. Semua peserta diminta mengikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dengan sepenuh hati dan kesungguhan.
2. Para peserta diwajibkan mengikuti setiap modul yang telah ditetapkan dari awal hingga tamat dengan sempurna.
3. Para peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa anak-anak kecil ataupun bukan peserta ke dalam dewan kursus.
4. Para peserta diwajibkan memakai tanda nama 'Peserta PBC' yang disediakan sepanjang kursus termasuk ketika berada di bilik jamuan.
5. Hanya peserta yang berdaftar dibenarkan untuk menikmati jamuan. Sesiapa yang bukan peserta yang ingin makan bersama akan dikenakan bayaran mengikut kos setempat penganjuran kursus.
6. Peserta yang meninggalkan mana-mana modul sepanjang program yang diadakan tanpa kebenaran rasmi tidak akan dikira sebagai peserta kursus PBC sekaligus tidak akan diberikan borang penyertaan PBC di penghujung kursus (tiada kenaikan pangkat PLX).
7. Mana-mana peserta yang terpaksa meninggalkan kursus PBC atas sebab-sebab kecemasan perlulah melaporkannya kepada Pengarah Kursus PBC atau urusetia yang bertugas sebelum meninggalkan kursus.
8. Peserta tidak dibenarkan memilih rakan sebilik sebaliknya akan ditetapkan oleh urusetia kursus PBC.
9. Semua peserta diminta untuk mematikan nada dering telefon bimbit sepanjang kursus diadakan dan dinasihatkan agar tidak menggunakannya ketika mengikuti modul.


PAKAIAN :
1. Para peserta diminta untuk memakai pakaian yang menutup aurat, kemas (lelaki dianjurkan untuk memakai kemeja, seluar slack & berkasut) dan beradab (menunjukkan akhlak Islam).
2. Tidak digalakkan untuk memakai T-Shirt dan berselipar.
3. Tidak dibenarkan memakai seluar 'jeans'.


PARA PESERTA PERLULAH MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN, ETIKA DAN ARAHAN YANG DIKELUARKAN URUSETIA KURSUS PBC SEPANJANG MENGIKUTI KURSUS INI.

Pelan Pemasaran HPA


Adil & Sukses

HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global. Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.

Kekuatan Plan Pemasaran HPA

1. Berteraskan prinsip ihsan
2. Keadilan pada setiap peringkat
3. Telus dan berdaya saing
4. Bebas daripada gimik, perangkap dan penindasan
5. Sesuai dengan kehendak dan cabaran MLM masa kini
6. Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan

Plan Pemasaran Era Baru HPA dijamin ADIL dan SUKSES.

Tawaran 11 Ganjaran Hebat Melalui Perniagaan MLM HPA. Lihat dan teliti Plan Pemasaran Hebat ini!

11 GANJARAN BONUS HEBAT HPA

1. Untung Runcit……………………………………………….20% ~ 25%
2. Bonus Prestasi Peribadi………………………………..10% ~ 20%
3. Bonus Kenaikan Pangkat…………………………….…23% ~ 35%
4. Bonus Pembelian Stabil…………………………………5% x NM HPA
5. Bonus Kemajuan Jaringan……………………………..6% x NM HPA
6. Bonus Generasi Pangkat………………………………..26%
7. Bonus Pengarah Jati Setia………………………………5% x NM HPA
8. Bonus Pengarah Jati Emas/Intan/Mahkota…….15%
9. Tabung Pelancongan……………………………………….5%
10. Tabung Perlindungan Takaful………………………..RM70,000 +++
11. Bonus Agen Stok……………………………………………..11% ~ 16%

JADUAL NILAI MATA & PERATUS BONUS

jadual-bonus.PNG

Untuk mencapai pangkat pertama, Pengurus Melati (PLX), cara pertama, ahli perlu mengumpul 1501 NM secara:

1. Timbunan
2. Berkumpulan
3. Tiada had masa

Atau cara kedua ialah ahli perlu:

1. Hadir program PBC
2. Dan lakukan belian bersyarat (300 NM)* dalam tempoh masa 2 bulan dari tarikh PBC yang disertai.

Berikut adalah pangkat-pangkat lain dalam Plan Pemasaran HPA:

pangkat-1-v2.PNG

pangkat-2-v2.PNG

pangkat-3-v2.PNG

Kami tunjukkan pula 3 contoh plan di bawah sebagai panduan untuk anda. Tentukan yang mana pilihan anda.

[ Plan A ]

Plan ini boleh dianggap sebagai ’slow and steady’. Tugasnya mudah.

Pertama : ahli hanya perlu menaja seorang downline dalam sebulan, sehingga bulan ke-6. Maksudnya ahli hanya perlu menaja 6 orang untuk level pertama dalam masa 6 bulan sahaja.

Kedua : ahli perlu maintain belian peribadi 100NM setiap bulan, bagi melayakkan mendapat bonus setiap bulan disamping menikmati kenaikan pangkat.

plan-a-v1.PNG

Pada bulan ke-13 bonus anda akan menjadi RM 34,566. Kiraan ini dibuat secara kasar dan tidak termasuk beberapa tambahan bonus lain lagi.

[ Plan B ]

Plan sederhana ini memerlukan 3 langkah mudah.

1. Anda hadir Program PBC + Belian bersyarat

2. Taja seorang setiap bulan

3. Hadirkan seorang downline ke PBC + buat belian bersyarat setiap bulan

prb-1-v2.PNG

prb-2-v2.PNG

prb-3-v2.PNG

[ Plan C ]

Plan ini lebih menarik kerana anda berpeluang untuk menjana pendapatan 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan sahaja. Tugas anda perlu digandakan. Konsepnya 6 org ajak 6 org.

Tugas anda:

1. Anda hadir PBC + buat belian bersyarat

2. Anda bawa 6 downline anda ke PBC setiap bulan dan kemudiannya 6 downline anda itu membawa lagi 6 downline pada bulan berikutnya. Dan apabila diteruskan 6 bawa 6 ini, di bulan ke 5, bonus anda akan mencapai RM 26, 729.00.

5-angka-5-bln-1-v2.PNG

5-angka-5-bln-2-v2.PNG

5-angka-5-bln-3-v2.PNG

al

5-angka-5-bln-4-v2.PNG

5-angka-5-bln-5-v2.PNG

5-angka-5-bln-6-v2.PNG

* Setiap downline yang hadir ke PBC mestilah membuat belian bersyarat, 300 NM dalam tempoh 2 bulan dari tarikh sertai PBC untuk mendapat kenaikan pangkat.

Plan-plan ini adalah contoh sahaja. Anda berhak menaja mengikut kemampuan anda.

Marilah Bersama Perniagaan Umat Islam Terulung Di Era Ini. Pastinya Inilah Pilihan Anda!!!

Plan Marketing Adobe Photoshop. << download >>