Ada 4 kategori agen stok HPA. Ianya dikenali sebagai
1. Stokis,
2. Pengurus Stokis Daerah (PSD),
3. Pusat Jualan dan
4. Pusat Agensi
Dalam meeting PJS sempena PIC untuk PJS di Sg Petani, telah diputuskan bahawa mulai Nov’08, mana-mana pengedar yang ingin memohon menjadi Agen Stok mestilah telah mengikuti kursusPerkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dan kursus Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC). Manakala agen stok yang sedia ada yang belum mengikuti PBC dan PIC dikehendaki menyertainya bila diberitahu kelak.
Pengedar yang mahu memohon agen stok ini hendak mengisi borang yang disediakan di cawangan dan di fakskan ke HQ HPA.
Kelayakan untuk menjadi Stokis jika telah diluluskan hendaklah membuat belian pertama dalam satu invois di mana-mana cawangan berjumlah minima RM 5,000.00.
Manakala Pengurus Stokis Daerah PSD minima RM15,000.00 .
Pusat Jualan minima RM50,000.00 dan Pusat Agensi pula minima RM70,000.00.
Stokis dan Pengurus Stokis Daerah boleh beroperasi di rumah manakala Pusat Jualan dan Pusat Agensi mesti ada premis perniagaan dan lesen perniagaan yang sah dari ROB atau ROC dan Majlis Kerajaan Tempatan.
Bonus Agen Stok dibayar oleh HPA berpandukan Laporan Agen Stok yang dihantar oleh agen stok setiap bulan. Biasanya Stokis hantar sebulan sekali. Pengurus Stokis setiap 10 hari sekali. Pusat Jualan dan Pusat Agensi hantar setiap minggu.
Stokis dibayar bonus agen stok sebanyak 11%, Pengurus Stokis Daerah 13%, Pusat Jualan 15% dan Pusat Agensi 16% dari NM pengedar yang membeli produk dengannya.
Stokis mendapat harga produk yang sama seperti ahli HPA dan tidak mendapat harga yang lebih murah dari harga ahli.
Setakat ini di seluruh Malaysia terdapat 12 Pusat Agensi, 30 Pusat Jualan, 141 Pengurus Stokis Daerah dan 1104 Stokis.
Syarat-Syarat Permohonan Dan Perlantikan Agen Stok
- Pemohon mestilah telah menjadi pengedar kepada AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD(Ahli HPA).
- Pemohon mestilah mengikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) terlebih dahulu (WAJIB).
- Pemohon mestilah mengisi borang permohonan Agen Stok dengan lengkap dan borang bolehlah didapati di semua cawangan HPA.
- Permohonan yang diluluskan mestilah membuat belian syarat di mana-mana Cawangan, Pusat Agensi, Pusat Jualan atau Pengurus Stokis yang ditetapkan oleh syarikat.
- Hanya permohonan yang diluluskan sahaja yang boleh membuat belian syarat.
- Semua Agen Stok mestilah membuat BELIAN PERIBADI sekurang-kuranngnya 50 nilai mata setiap bulan.
- Semua Agen Stok yang dilantik, dikehendaki menghantar LAPORAN AGEN STOK (LAS) yang mengandungi borang keahlian, invois, baki stok dan senarai laporan setiap bulan.
- LAPORAN AGEN STOK (untuk kategori PSD, Pusat Jualan & Pusat Agensi) mestilah dihantar 3 kali dalam sebulan
Laporan Pertama : 1hb – 10hb mestilah sampai ke HQ sebelum 15hb.
Laporan Kedua : 11hb – 20hb mestilah sampai ke HQ sebelum 25hb.
Laporan Ketiga : 21hb – 30hb mestilah sampai ke HQ sebelum 5hb pada bulan berikutnya.
- LAPORAN AGEN STOK yang diterima lebih dari 10hb tidak akan diproses dan akan diproses pada bulan berikutnya.
- Mana-mana agen stok yang gagal menghantar laporan tanpa sebab yang munasabah pihak syarikat boleh menamatkan statusnya.
- Agen Stok tidak boleh membeli pada agen stok pada yang sama taraf atau lebih rendah dari padanya. Contohnya : Pengurus Stokis tidak boleh membeli pada Pengurus Stokis dan juga pada stokis.
- Agen Stok mestilah menghadiri program –program atau mesyuarat Agen Stok yang dianjurkan oleh syarikat.
Etika Agen Stok
Sebagai seorang agen stok hendaklah mematuhi tatacara dan kehendak syarikat dengan cara memenuhi etika seperti di bawah:
a) Jujur: Agen stok hendaklah sentiasa jujur di dalam menguruskan dokumen yang berkaitan dengan invois, borang ahlli dan Laporan Agen Stok (LAS)
b) Kualiti: Seorang Agen Stok hendaklah berkualiti di dalam penguasaan pengetahuan barangan , plan pemasaran, perkembangan syarikat serta bersikap positif terhadap syarikat.
c) Tepati masa: Agen Stok mestilah dapat menguruskan masa dengan sebaik mungkin untuk membolehkan pengedar mendapatkan barang.
d) Agen Stok mestilah menghantar laporan setiap bulan.
0 comments:
Post a Comment