KOWAHIDA SERAH ZAKAT RM250K KEPADA PERKIM Kelantan

serah zakat2

Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) telah menyerahkan sumbangan zakatnya bagi tahun 2007 dan 2008 berjumlah RM250,000.00 kepada PERKIM Negeri Kelantan pada 30 Disember 2009. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KOWAHIDA, Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabatnya di Kota Bharu.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah 14 Ahli Lembaga KOWAHIDA. Pihak PERKIM Kelantan diwakili oleh Pengerusinya YB Dato Nik Amar dan Tuan Haji Apandi. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan itu berjaya melonjakkan nama HPA di Negeri Kelantan. Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz dimaklumkan juga bahawa HPA akan membuka RCH di Kota Bharu Parade (berhadapan Pasar Siti Khadijah).serah zakat

YB Tuan Guru Menteri Besar amat kagum dan terharu dengan pencapaian HPA dan berharap HPA akan terus berkembang maju. Tuan Guru berjanji akan merasmikan RCH di Kota Bharu apabila tiba masanya nanti.

Testimoni PELAWAS


Pelawas Untuk Bayi

Alhamdulillah, dengan mencampurkan sebiji pelawas dalam susu botol menyembuhkan anak saya yang berusia setahun enam bulan yang sudah 5 hari tidak membuang air besar. Dia sembelit mungkin kerana suasana sejuk dalam bas dan bilik babysitter sepanjang seminar yang kami hadiri. Apa yang menarik, dengan menggunakan Pelawas, anak saya tidak menangis seperti selalu untuk membuang air besar berbanding menggunakan ubat yang dimasukkan melalui dubur kerana Pelawas menyebabkan keseluruhan najis menjadi lembut.


Pelawas Untuk Orang Berpantang

Sembelit semasa berpantang selepas bersalin sangat menyeksakan. Alhamdulillah, dengan mengamalkan pelawas, masalah ini dapat diatasi dengan lebih baik. Pastikan, anda cepat-cepat ke tandas sebelum tercicir di jalanan.


Pelawas Untuk Pesakit Strok

Sudah semingu nenek yang kami jaga kerana strok tidak membuang air besar. Hal ini sungguh merisaukan kami. Dengan Pelawas, alhamdulillah semuanya kembali seperti sedia kala.

Kursus Peningkatan Ilmu Perawatan Kiro (BTB)

DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN :

Kursus ini akan diadakan pada 19,20 dan 21 januari . Mereka yang telah mempelajari ilmu ini digalakkan untuk terus menimba ilmu-ilmu perawatan yang tidak pernah habis. Oleh kerana tempat terhad pehak JHS hanya membuka kepada penyertaan awal untuk 50 orang sahaja(yang berbayar) manakala yang selebihnya perlu menunggu untuk next program pada bulan hadapan. Penerangan lanjut boleh menghubungi en Hafiz Ismail 0194749717 atau pengurus-pengurus zon.
Mereka yang belum lagi pernah mengikutinya juga boleh mempelajari teknik kiro yang mudah lagi berkesan dalam kursus ini. InsyAllah.

Website HPAMALL: http://hpamall.com

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sijil HERBALIS Ke-18

SIJIL HERBALIS KE-18
Bagi mereka yang berminat,
bolehlah mendaftarkan diri anda ke
HPA Training, IT & Multimedia (Mutiara Hikmah Sdn Bhd)
BAYARAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI AKAUN BIMB
MUTIARA HIKMAH SDN BHD (02020010058744)
DAN FAKSKAN BUTIRAN PERIBADI ANDA
(Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Ahli, No Telefon, Alamat Surat Menyurat dan Bukti Pembayaran anda ke
Pejabat MUTIARA HIKMAH SDN BHD 04-4419254
Te: 04-4419094, 019-6330727,019-4548727

Menjadi Tangan Yang Di Atas


Jika anda diberi dua pilihan sama ada untuk menerima seribu ringgit daripada seorang hartawan atau anda mendermakan sejumlah wang anda kepada fakir miskin, manakah yang anda pilih ? Tentu ramai yang memilih untuk menerima wang seribu ringgit. Apatah lagi di waktu persekolah yang akan bermula tidak lama lagi. Buku, baju dan yuran anak - anak cukup untuk memeningkan kepala ibubapa. Belum lagi dengan bayaran tuisyen terutama yang akan menduduki peperiksaan penting.

Tapi seramai mana yang memilih untuk memberi sekali gus menjadi tangan yang di atas? Dari mata kasar, memberi bermakna mengurangkan jumlah yang kita miliki. Oh mana cukup lagi kalau dah diberi kepada orang lain ? Betul tu. Hakikatnya adalah seperti itu. Tapi jauh di sisi Allah, tangan-tangan yang memberi akan mendapat kembali apa yang diberikan kepada mereka yang memerlukan bahkan pulangannya cukup lumayan, ganjaran di dunia dan akhirat. Maha suci Allah yang memiliki segala kekayaan, dan Dia berhak memberi kekayaan tersebut kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Aid Qarni dalam bukunya berjudul Potret Hidup Insan Beriman menukilkan sebuah kisah benar tentang seorang lelaki yang koma dan dijangka tiada harapan untuk sembuh. Setiap hari, isteri dan anak lelakinya akan datang pagi dan petang untuk menjenguknya di hospital. Penuh ketulusan dan pengharapan, sehingga pihak hospital terkejut dengan keajaiban yang terjadi pada suatu pagi. Lelaki tadi bangkit dari komanya dengan tersenyum menunggu isteri dan anak tercinta. Mereka berpelukan gembira bersaksikan air mata seluruh warga hospital. Tentu sekali peristiwa tersebut menimbulkan tanda tanya kepada seluruh warga hospital termasuk anda.

Si isteri dan anak pun menceritakan bahawa setiap hari mereka akan datang menziarahi si ayah. Mereka akan pulang dan mensedekahkan sebahagian harta mereka kepada anak yatim dan mereka yang memerlukan serta meminta mereka mendoakan kesembuhan untuk si ayah sebelum menziarahinya buat kali kedua. Akhirnya, doa mereka untuk melihat si ayah menanti mereka dengan di katil hospital dengan senyuman dimakbulkan oleh Allah. Maha Suci Allah yang di tangan-Nya segala kekayaan, kesembuhan dan penyelesaian atas setiap permasalahan. Namun, kita seringkali membelakangkan Allah dalam mencari solusi terhadap setiap permasalahan kita.

Semoga terus bercita-cita untuk selalu menjadi tangan yang di atas.

Rahsia JIHAD

dakwatuna.com - Hijrah adalah kemestian. Allah swt. membangun sistem di alam ini berdasarkan pergerakan. Planet bergerak, berjalan pada orbitnya. Allah berfirman: ”Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (QS. Yasin: 38). Imam Syafii’i menggambarkan dalam sya’irnya yang sangat indah bahwa air yang tergenang akan busuk dan air yang mengalir akan bening dan jernih. Seandainya matahari berhenti di ufuk timur terus menerus, niscaya manusia akan bosan dan stres.

Benar, hijrah sebuah kemestian. Karena dalam diam tersimpan segala macam keburukan. Kenderaan yang didiamkan berhari-hari akan berkarat dan hancur. Jasad yang didudukkan terus menerus akan menghidap banyak penyakit. Itulah rahsia mengapa harus berolahraga. Syaikh Muhammad Al Ghazali berkata: ”Bahawa orang-orang yang menganggur adalah manusia yang mati. Ibarat pohonan yang tanpa buah para penganggur itu adalah manusia-manusia yang wujudnya menghabiskan keberkahan.”

Terbukanya kota Mekah adalah keberkahan hijrah. Seandainya Rasulullah saw. dan sahabat-sahabatnya tetap berdiam di kota Mekah, tidak pernah terbayang akan lahir sebuah kekuatan besar yang kemudian menyebarkan rahmat bagi seluruh alam. Sungguh berkat hijrah ke kota Madinah kekuatan baru umat Islam terbangun, yang darinya kepemimpinan Islam merambah jauh, tidak hanya melampaui kota Mekah, pun tidak hanya melampaui Jazirah Arabia, melainkan lebih dari itu melampaui Persia dan Romawi.

Ada beberapa dimensi hijrah yang harus kita wujudkan dalam hidup kita sehari-hari di era modern ini, agar kita mendapatkan keberkahan:

Pertama, dimensi personal, bahawa setiap mukmin harus selalu lebih baik kualiti keimannya dari semalam. Karenanya dalam Al-Qur’an Allah swt. selalu menggunakan kata ahsanu amala (paling baiknya amal). Maksudnya bahawa tidak seharusnya seorang mukmin masuk di lubang yang sama dua kali. Itulah sebabnya mengapa sepertiga Al-Qur’an menggambarkan peristiwa sejarah. Itu untuk menekankan betapa pentingnya belajar dari sejarah dalam membangun ketaqwaan. Dari sini kita memahami mengapa Allah swt. dalam surah Al Hasyr:18 menyandingkan perintah bertaqwa dengan perintah belajar dari sejarah: ”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Kedua, dimensi sosial, bahawa seorang mukmin tidak pantas berbuat zalim, mengambil penghasilan secara haram dan hidup bersenang-senang di atas penderitaan orang lain. Seorang mukmin harus segera berhijrah dari situasi sosial semacam ini. Seorang mukmin harus segera membangun budaya takaful –saling menanggung-. Itulah rahsia disyari’atkannya zakat. Bahwa di dalam harta yang kita punya, ada hak orang lain yang harus dipenuhi. Allah berfirman : ”Walladziina fii amwaalihim haqqun ma’luum (dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu.”) (QS. Al Maarij: 24).

Dan ini telah terbukti dalam sejarah bahawa membangun budaya takaful akan menyelesaikan banyak penyakit sosial yang akhir-akhir ini sangat mencengkam. Terlalu tingginya angka kemiskinan dan penganggguran di tengah negeri yang kaya sumber alam, sungguh suatu pemandangan yang naif. Namun ini tentu ada sebabnya, di antaranya yang paling pokok adalah karena kezaliman dan ketidakjujuran. Dari sini jelas bahwa hijrah yang harus dibuktikan saat ini adalah komitmen untuk tidak lagi mengulangi budaya rasuah. Sebab dari budaya inilah berbagai penyakit sosial lainnya tidak dapat dihindari.

Ketiga, dimensi dakwah, bahawa seorang mukmin tidak boleh berhenti pada titik sekadar mengaku sebagai seorang mukmin secara ritual saja, melainkan harus dibuktikan dengan mengajak orang lain kepada kebaikan. Ingat bahawa syaitan siang dan malam selalu bekerja keras mengajak orang lain ke neraka. Syaitan berkomitmen untuk tidak masuk neraka sendirian.

Dari sini saatnya seorang mukmin harus bersaing dengan syaitan. Ia harus berhijrah dari sikap pasif kepada sikap produktif. Produktif dalam erti kata bekerja keras mengajak orang lain ke jalan Allah. Sebab tidak seharusnya seorang mukmin bersikap pasif. Pasifnya seorang mukmin bukan saja akan membawa banyak bakteria pelemah iman, melainkan juga membawa bencana bagi kemanusiaan.

Itulah sebabnya mengapa seorang pemikir muslim abad ini dari India Syaikh Abul Hasan Ali An-Nadwi menulis sebuah buku yang sangat terkenal dan menomental: maadzaa khasiral aalam bin khithaathil muslimiin ( betapa dahsyatnya kerugian yang dialami dunia ketika umat Islam tidak berdaya).

Ini benar, bahwa dunia ini memang memerlukan umat Islam yang berdaya. Umat Islam yang produktif. Bukan umat Islam yang pasif. Dan kini kita menyaksikan dengan mata kita, betapa kerosakan bermaharajalela melanda kemanusiaan akibat dari lemahnya umat Islam. Bandingkan dengan dulu ketika Umar Bin Khaththab dan Umar bin Abdul Aziz memimpin dunia. Inilah hijrah yang harus segara kita buktikan. Wallhu a’lam bishshawab


P/S: Ayuh, bangunlah untuk memperkasa ISLAM di mata dunia

Realiti Kehidupan

Orang Hindu tidak akan memakan daging lembu kerana beranggapan bahawa lembu itu adalah itu sembahan mereka. Tapi pernah tak anda dimarahi oleh orang yang beragama Hindu kerana anda memakan sembahan - sembahan mereka terutama pada Hari Raya Qurban ini ? Yang pasti, mereka sedaya upaya akan memastikan bahawa daging lembu dan anggota lembu yang lainnya tidak akan masuk ke kerongong mereka.

Begitu juga bagi mereka yang beragama Islam. Babi adalah haiwan kotor yang tidak mungkin akan dimakan oleh seorang pun umat Islam walau senipis manapun iman mereka. Walaupun penternakan babi adalah yang terbesar di dunia dengan keistimewaannya yang mampu membiak dengan cepat dan digunakan dalam pelbagai produk makanan dan kegunaan harian, namun kita tidak berhak untuk menghalang mereka. Kenapa ? Kerana babi itu halal bagi mereka tapi haram bagi kita.

Rata - rata makanan segera mengandungi lemak babi walaupun mungkin hanya dilabelkan dengan kod E atau tidak tertulis langsung. Cop halal yang ada terkadang tidak melambangkan status kehalalan sesuatu produk. Namun, ramai di kalangan kita yang bergelar ISLAM sekadar menutup mata dan menelan segala apa yang ada tanpa mempersoalan kesucian makanan yang dimakan atau barangan yang digunakan. Dosa dan pahala terserah kepada Allah. Tapi makanan haram akan tetap memberi impak negatif terhadap kesihatan, keberkatan hidup dan mungkin darah gaging yang berasal daripaanya dibakar di neraka kelak.
Jadi ... apa yang perlu kita lakukan ? Dengan tekad yang membulat, saya menyarankan agar kita semua kembali memastikan bahawa makanan dan barangan yang kita gunakan adalah produk muslim yang halal dan baik. Sokonglah barangan buatan Muslim walaupun mungkin harganya sedikit mahal berbanding yang biasa tapi ia menjamin kesihatan kita di dunia dan keselamatan di akhirat.

Kitalah yang pertanggungjawab untuk memastikan hanya yang HALAL dan TERBAIK sahaja yang manjadi santapan hidup kita kerana apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan Allah di akhirat kelak.