Imuniti

APAKAH SISTEM IMUNITI

Sistem imuniti adalah satu organisasi kompleks yang merangkumi sel darah putih, tulang sum-sum, antibodi dan kelenjar timus. Semua sel darah putih dalam saluran darah adalah sel imun yang dikenali sebagai leukocytes. Terdapat beberapa jenis sel darah putih. Sel-sel terbabit dalam sistem imuniti ialah sel T dan B yang dikenali sebagai lymphocytes.
Sekiranya sistem imuniti anda kuat, anda tidak akan mudah jatuh sakit, anda jarang mendapat jangkitan dan serangan. Jika anda jatuh sakit, sistem yang kuat akan membantu anda pulih dengan segera. Sistem imuniti turut mengenal pasti serta memusnahkan berjuta-juta mikrob berjangkit yang memasuki badan setiap hari. Ia juga membantu mencegah atau merencatkan
jangkitan-jangkitan lain.

Menurut kefahaman saya dalam bidang perawatan herba, punca utama penyakit bukanlah disebabkan kerana bakteria, virus, kulat, parasit, atau patogen-patogen yang lain tetapi punca penyakit ialah apabila sistem imuniti seseorang itu semakin merosot. Kita sedia mengetahui bahawa kuman sentiasa berada dipersekitaran kita tetapi dalam satu masa kita sihat dan dalam masa yang lain kita sakit.

Kita menjadi sihat apabila sistem imuniti yang berada di dalam badan berjaya mempertahankan serangan patogen. Inilah konsep yang dipegang oleh perubatan tradisional. “Improve and maintain body immune system against external pathogen and pressure. Preventation is better than cure” – (Memperbaiki meningkatkan dan mengekalkan sistem pertahanan badan daripada serangan kuman luaran tubuh serta tekanan persekitaran. Mencegah penyakit itu lebih baik daripada berubat). Kita mempunyai keyakinan besar bahawa tubuh mempunyai kemampuan yang besar untuk sembuh sendiri jika dibekalkan dengan sumber alamiah yang betul.

Tubuh manusia berfungsi paling cekap pada suhu kira-kira 37ยบ C. sebarang perubahan yang besar pada suhu ini akan merosakkan tubuh atau akan mengurangkan kecekapan sistem imunitinya. Fungsi herbaadalah untuk menstabilkan pada suhu ini agar sistem imuniti berfungsi sepenuhnya. Oleh sebab itu, herba diklasifikasikan dalam dua unsur iaitu herba sejuk dan herba panas.


MEMPERKUATKAN SISTEM IMUNITI

Kita semua telah dilengkapi secara semulajadi dengan sistem imuniti yang kuat. Contohnya, kulit kita bertindak sebagai halangan kepada jangkitan. Asid dalam perut serta enzim dalam bahagian mulut, kerongkong, mata, usus, faraj dan saluran kencing memusnahkan segala penyerang. Walau bagaimana mantap sekalipun sistem imuniti, terdapat beberapa cara untuk meningkatkan lagi prestasinya. Menguatkan sistem imuniti bererti mengembalikan keseimbangan badan di mana semua sistem pertahanan yang lengkap berfungsi. Sistem pertahanan ini boleh berfungsi apabila beberapa keadaan yang terjadi pada tubuh diperbaiki seperti :-
Mengurangkan keracunan
Menurunkan kesan peradangan
Mempercekapkan proses metabolisma
Memperseimbangkan sistem hormon
Meningkatkan regenerasi

1.Mengurangkan Keracunan
Proses mengurangkan keracunan dalam badan dijalankan oleh hati, melalui proses detoksifikasi Oleh sebab itulah, bagi mengurangkan keracunan dalam badan tindakan herba ialah mengembalikan fungsi hati melalui pengamalan herba-herba yang dikenali sebagai tonik hati seperti TEH ASIATICA, TEH HERBA, RADIX, PARAMARIA PLUS dan lain-lain lagi.

2.Menurunkan kesan peradangan
Pengambilan herba yang boleh menurunkan kesan peradangan akan membantu tubuh memulihkan keseimbangan yang normal seperti bioflavonoid yang bertindak sebagai anti peradangan. Sebenarnya proses peradangan merupakan satu proses pembuangan sel dan jalinan yang rosak. Peradangan juga digunakan oleh sistem imuniti untuk menyerang patogen dan sel kanser. Namun begitu, berlaku ketidakseimbangan yang menyebabkan berlaku peradangan yang berlebihan. Herba yang digunakan ialah seperti ALAC, MALAC,
HEALTH-B, SPIRULINA, VIG DRINK dan lain-lain lagi.

3.Mempercekapkan proses metabolisma
Proses metabolisma tubuh dijalankan oleh sistem enzim dan enzim memerlukan mikronutrien (vitamin dan mineral). Apabila berlaku ketidakseimbangan dan penyerapan yang lemah akan menyebabkan penyakit-penyakit yang kronik. Herba membekalkan mikronutrien serta mempercekapkan penyerapan nutrien dalam tubuh. Bahan aktif yang bertindak ialah seperti polymannan dalam aloevera, xeronin dalam mengkudu dan bahan-bahan lain yang sedia wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah memastikan bahawa wujudnya herba-herba yang menolong menghidupkan mikroflora seperti spirulina, roselle, susu kambing dan lain-lain lagi.

4.Memperseimbangkan sistem hormon
Jika berlaku pengurangan atau penambahan aktiviti sistem hormon menyebabkan ketidakseimbangan akan berlaku. Hasil ketidakseimbangan ini akan mewujudkan penyakit-penyakit yang berhubung dengannya. Seorang pengguna perlu mengamalkan herba dengan mendapatkan kekuatan senergi dalam set pemakanan. Pengambilan senergi yang salah akan memberi kesan kepada sistem hormon, misalnya; wujud tompok hitam di muka dan perkembangan otot yang luar biasa.

5. Meningkatkan regenerasi
Pengembilan herba akan menolong tubuh melakukan proses regenerasi bagi menggantikan sel-sel dan jaringan yang mengalami kerosakan penyakit seperti osteoartritis, penuaan dan lain-lain lagi. Herba mengandungi nutrien anti penuaan yang memperbaiki aliran darah dari otak ke jantung dan mengelakkan berlakunya kerosakkan yang meluas hasil daripada wujudnya radikal bebas.

SEBAB-SEBAB KEROSAKKAN SISTEM IMUNITI

1 Pengambilan gula
Gula terhasil dari proses pemecahan makanan berkarbohidrat dalam badan. Ini bermakna kita tidak memerlukan gula tambahan. Dua masalah kesihatan utama akibat pengembilan gula berlebihan.

a) Ia menyebabkan kegemukan. Kegemukan adalah satu risiko yang berkait rapat dengan penyakit diabetis, darah tinggi dan penyakit jantung.

b) Ia menggalakkan terjadinya karies gigi (kerosakkan gigi).
Secara purata setiap rakyat Malaysia mengambil 24 sudu teh (120 gm.) gula sehari (termasuk gula tersembunyi). Jumlah ini 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan. Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gm.) termasuk gula yang ditambah atau tersembunyi.

2 Alergi pemakanan

Salah satu faktor yang menekan sistem imuniti ialah apabila seseorang memakan makanan yang alergi. Sistem imuniti akan melihat ianya sebagai penakluk luar. Sel darah putih akan mula terkumpul di mukos sel yang melapisi usus. Jika makanan ini terus dimakan sistem imun akan terus difokuskan ke usus. Virus, bakteria, patogen-patogen, sel kanser di bahagian tubuh lalu memiliki kesempatan yang besar untuk bertindak.

Istilah berpantang dalam pengamalan herba mengambil kira supaya makanan-makanan alergi dikurangkan semasa penumpuan peningkatan sistem imuniti. Pengalaman saya merawat pesakit leukemia menunjukkan ada herba yang perlu dielakkan daripada dimakan oleh pesakit tersebut seperti bayam berduri, spirulina dan herba-herba sejuk walaupun herba tersebut boleh menambah darah merah.

Sel darah putih akan dihancurkan oleh enzim pencernaan dan berlaku masalah di usus dan memudahkan toksin daripada usus masuk ke tubuh. Di dalam perubatan herba terdapat beberapa jenis herba yang bertindak sebagai anti histemin (anti alergi) seperti COSCINIUM PLUS, HERBA TUJU ANGIN, RADIX dan lain-lain.

3 Kekurangan nutrien

(a) Vitamin A
Fungsi utama vitamin A ialah untuk melindungi jangkitan dan menolong dalam pengeluaran dan aktiviti beberapa jenis darah putih.
Pengurangan vitamin A akan menyebabkan:
a) masalah kelenjar limfatik
b) penurunan limfosit
c) penurunan fungsi sel B dan T

Ternyata vitamin A memperkuatkan sistem imuniti termasuk menghancurkan sel kanser, aktiviti natural killer cell, pengeluaran limfosit, fagositosis (hancur bakteria) dan pengeluaran antibodi. Dos yang dicadangkan ialah 20,000 IU/hari dan 50,000 IU/hari selama jangkitan.
Beta karoten akan ditukar menjadi vitamin A dalam tubuh berfungsi sebagai antioksidan. Beta karoten menyebabkan tindakan vitamin A yang tinggi hanya salah satu daripada 500 karotenoid. Contohnya; canthaxanthin satu karotenoid yang tidak memiliki aktiviti vitamin A tetapi antioksidan yang kuat untuk retina mata.

Beta karoten melindungi badan daripada sel kanser kulit, tumor payudara. Bertindak sebagai antioksidan yang mencegah kerosakan DNA sel dan stimulasi enzim menghancurkan karsinogen. Beta karoten tidak akan menjadi toksid jika berlebihan cuma akan menunjukkan perbezaan pada warna kulit. Dos yang dicadangkan ialah 50 mg/hari. Sumber beta karoten terdapat dalam TEH ASIATICA, SPIRULINA, TEH HERBA, KORDIAL ASIATICA, HEALTH-B dan lain-lain produk HPA.


(b) Vitamin C
Vitamin C meningkatkan sistem imuniti, kadarnya yang tinggi dalam sel darah putih (10 hingga 80 kali lebih besar daripada kadar plasma terutama limfosit). Vitamin C digunakan untuk melindungi sel darah putih daripada enzim yang mereka lepaskan disaat mendigeskan mikrob yang telah ditelan. Jika kadarnya memadai, vitamin C akan menstimulasikan pergerakkan sel darah putih terutama netrofil ke tempat inflamasi dan meningkatkan perubahan limfosit menjadi sel T, sel B dan natural killer cell. Merokok menurunkan kadar vitamin C plasma sekitar 30%. Produk HPA yang kaya dengan vitamin C ialah seperti ROSELLE, LEMONA, STOMA K dan MADU ASLI. Ternyata vitamin C mempunyai sifat anti virus dan anti bakteria. Dos yang diperlukan ialah 1,000 mg/hari dan selama jangkitan sebanyak 5,000 mg/hari.

(c) Vitamin E
Vitamin E merupakan vitamin antioksidan berupaya mengelakkan serangan jantung. Ianya juga penting untuk imun. Kekurangan vitamin E menurunkan daya tahan tubuh dengan menekan proliferasi limfosit dan respon antibodi terhadap patogen. Sebagai antioksidan intercellular yang kuat, vitamin E melindungi limfosit dan monosit daripada gangguan radikal bebas. Dos yang diperlukan ialah 200 – 400 IU/hari. Produk-produk HPA yang mengandungi vitamin E ialah Madu Asli, Madu Habbatus Sauda, Spirulina dan O mega-3. Diet seharian membekalkan 15 ~ 50 IU tidak mencukupi untuk melindungi sel daripada rosak.

4 Zink
Peranan :
berfungsi untuk kelenjar timus
hormon timus
pengeluaran sel T
imunisasi selular serat sistem antibodi
Jika kuantiti zink rendah sel T akan menurun, penurunan kekebalan selular, penurunan tingkat aktiviti natural killer cell, penurunan respon limfosit terhadap patogen dan penurunan kemampuan sel darah putih untuk menelan dan menyingkirkan patogen. Hampir semua herba mengandungi zink yang diperlukan. Dos yang diperlukan ialah 25 mg/hari dan dalam masa jangkitan 75 mg/hari selama seminggu.

5 Selenium
Pengambilan selenium mengakibatkan peningkatan kemempuan membunuh sel tumor oleh limfosit sebanyak 118% dan peningkatan aktiviti killer cell sebanyak 82.4%. Dos yang dicadangkan ialah 200 mg/hari.

6 Asid Lemak Perlu
Diperlukan untuk mencegah kanser payudara. Ia terdapat di dalam Spirulina, kacang soya dan lain-lain lagi.

PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN SISTEM IMUNITI
logam berat
racun serangga
ubat kimia
silikon
pelarut organic
latihan yang berlebihan
stress
istirehat yang tidak cukup
kegemukan
kandida
trauma
vaksin
antibiotik

sumber : infohpa

0 comments:

Post a Comment