Sistem imuniti adalah satu organisasi kompleks yang merangkumi sel darah putih, tulang sum-sum, antibodi dan kelenjar timus. Semua sel darah putih dalam saluran darah adalah sel imun yang dikenali sebagai leukocytes. Terdapat beberapa jenis sel darah putih. Sel-sel terbabit dalam sistem imuniti ialah sel T dan B yang dikenali sebagai lymphocytes.
Sekiranya sistem imuniti anda kuat, anda tidak akan mudah jatuh sakit, anda jarang mendapat jangkitan dan serangan. Jika anda jatuh sakit, sistem yang kuat akan membantu anda pulih dengan segera. Sistem imuniti turut mengenal pasti serta memusnahkan berjuta-juta mikrob berjangkit yang memasuki badan setiap hari. Ia juga membantu mencegah atau merencatkan
Mengurangkan keracunan
Menurunkan kesan peradangan
Mempercekapkan proses metabolisma
Memperseimbangkan sistem hormon
Meningkatkan regenerasi
1.Mengurangkan Keracunan
Proses mengurangkan keracunan dalam badan dijalankan oleh hati, melalui proses detoksifikasi Oleh sebab itulah, bagi mengurangkan keracunan dalam badan tindakan herba ialah mengembalikan fungsi hati melalui pengamalan herba-herba yang dikenali sebagai tonik hati seperti TEH ASIATICA, TEH HERBA, RADIX, PARAMARIA PLUS dan lain-lain lagi.
2.Menurunkan kesan peradangan
Pengambilan herba yang boleh menurunkan kesan peradangan akan membantu tubuh memulihkan keseimbangan yang normal seperti bioflavonoid yang bertindak sebagai anti peradangan. Sebenarnya proses peradangan merupakan satu proses pembuangan sel dan jalinan yang rosak. Peradangan juga digunakan oleh sistem imuniti untuk menyerang patogen dan sel kanser. Namun begitu, berlaku ketidakseimbangan yang menyebabkan berlaku peradangan yang berlebihan. Herba yang digunakan ialah seperti ALAC, MALAC,HEALTH-B, SPIRULINA, VIG DRINK dan lain-lain lagi.
3.Mempercekapkan proses metabolisma
Proses metabolisma tubuh dijalankan oleh sistem enzim dan enzim memerlukan mikronutrien (vitamin dan mineral). Apabila berlaku ketidakseimbangan dan penyerapan yang lemah akan menyebabkan penyakit-penyakit yang kronik. Herba membekalkan mikronutrien serta mempercekapkan penyerapan nutrien dalam tubuh. Bahan aktif yang bertindak ialah seperti polymannan dalam aloevera, xeronin dalam mengkudu dan bahan-bahan lain yang sedia wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah memastikan bahawa wujudnya herba-herba yang menolong menghidupkan mikroflora seperti spirulina, roselle, susu kambing dan lain-lain lagi.
4.Memperseimbangkan sistem hormon
Jika berlaku pengurangan atau penambahan aktiviti sistem hormon menyebabkan ketidakseimbangan akan berlaku. Hasil ketidakseimbangan ini akan mewujudkan penyakit-penyakit yang berhubung dengannya. Seorang pengguna perlu mengamalkan herba dengan mendapatkan kekuatan senergi dalam set pemakanan. Pengambilan senergi yang salah akan memberi kesan kepada sistem hormon, misalnya; wujud tompok hitam di muka dan perkembangan otot yang luar biasa.
5. Meningkatkan regenerasi
Pengembilan herba akan menolong tubuh melakukan proses regenerasi bagi menggantikan sel-sel dan jaringan yang mengalami kerosakan penyakit seperti osteoartritis, penuaan dan lain-lain lagi. Herba mengandungi nutrien anti penuaan yang memperbaiki aliran darah dari otak ke jantung dan mengelakkan berlakunya kerosakkan yang meluas hasil daripada wujudnya radikal bebas.
SEBAB-SEBAB KEROSAKKAN SISTEM IMUNITI
Gula terhasil dari proses pemecahan makanan berkarbohidrat dalam badan. Ini bermakna kita tidak memerlukan gula tambahan. Dua masalah kesihatan utama akibat pengembilan gula berlebihan.
Secara purata setiap rakyat Malaysia mengambil 24 sudu teh (120 gm.) gula sehari (termasuk gula tersembunyi). Jumlah ini 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan. Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gm.) termasuk gula yang ditambah atau tersembunyi.
2 Alergi pemakanan
3 Kekurangan nutrien
Fungsi utama vitamin A ialah untuk melindungi jangkitan dan menolong dalam pengeluaran dan aktiviti beberapa jenis darah putih.
Pengurangan vitamin A akan menyebabkan:
a) masalah kelenjar limfatik
b) penurunan limfosit
c) penurunan fungsi sel B dan T
Beta karoten akan ditukar menjadi vitamin A dalam tubuh berfungsi sebagai antioksidan. Beta karoten menyebabkan tindakan vitamin A yang tinggi hanya salah satu daripada 500 karotenoid. Contohnya; canthaxanthin satu karotenoid yang tidak memiliki aktiviti vitamin A tetapi antioksidan yang kuat untuk retina mata.
Vitamin C meningkatkan sistem imuniti, kadarnya yang tinggi dalam sel darah putih (10 hingga 80 kali lebih besar daripada kadar plasma terutama limfosit). Vitamin C digunakan untuk melindungi sel darah putih daripada enzim yang mereka lepaskan disaat mendigeskan mikrob yang telah ditelan. Jika kadarnya memadai, vitamin C akan menstimulasikan pergerakkan sel darah putih terutama netrofil ke tempat inflamasi dan meningkatkan perubahan limfosit menjadi sel T, sel B dan natural killer cell. Merokok menurunkan kadar vitamin C plasma sekitar 30%. Produk HPA yang kaya dengan vitamin C ialah seperti ROSELLE, LEMONA, STOMA K dan MADU ASLI. Ternyata vitamin C mempunyai sifat anti virus dan anti bakteria. Dos yang diperlukan ialah 1,000 mg/hari dan selama jangkitan sebanyak 5,000 mg/hari.
Vitamin E merupakan vitamin antioksidan berupaya mengelakkan serangan jantung. Ianya juga penting untuk imun. Kekurangan vitamin E menurunkan daya tahan tubuh dengan menekan proliferasi limfosit dan respon antibodi terhadap patogen. Sebagai antioksidan intercellular yang kuat, vitamin E melindungi limfosit dan monosit daripada gangguan radikal bebas. Dos yang diperlukan ialah 200 – 400 IU/hari. Produk-produk HPA yang mengandungi vitamin E ialah Madu Asli, Madu Habbatus Sauda, Spirulina dan O mega-3. Diet seharian membekalkan 15 ~ 50 IU tidak mencukupi untuk melindungi sel daripada rosak.
Peranan :
berfungsi untuk kelenjar timus
hormon timus
pengeluaran sel T
imunisasi selular serat sistem antibodi
Jika kuantiti zink rendah sel T akan menurun, penurunan kekebalan selular, penurunan tingkat aktiviti natural killer cell, penurunan respon limfosit terhadap patogen dan penurunan kemampuan sel darah putih untuk menelan dan menyingkirkan patogen. Hampir semua herba mengandungi zink yang diperlukan. Dos yang diperlukan ialah 25 mg/hari dan dalam masa jangkitan 75 mg/hari selama seminggu.
Pengambilan selenium mengakibatkan peningkatan kemempuan membunuh sel tumor oleh limfosit sebanyak 118% dan peningkatan aktiviti killer cell sebanyak 82.4%. Dos yang dicadangkan ialah 200 mg/hari.
Diperlukan untuk mencegah kanser payudara. Ia terdapat di dalam Spirulina, kacang soya dan lain-lain lagi.
PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN SISTEM IMUNITI
logam berat
racun serangga
ubat kimia
silikon
pelarut organic
latihan yang berlebihan
stress
istirehat yang tidak cukup
kegemukan
kandida
trauma
vaksin
antibiotik